Wednesday, October 21, 2009

Lagu ku...

Aku berlagu tapi tak berirama
Aku bernyanyi tanpa tepukan
perit menjalar diri
menjadi perisai pukulan musuhmu
pernah diri ini menjadi bendera
disanjung malah dipuja sentiasa
pernah hati ini pedang
menghunus tajam badan musuhmu
berlari kau mengejar bayang
mencari kasih yang ia taburkan
luluh hati mu teman
kasih yang telah malap
dipadam habis
aku di sini masih berdiri
menunggu mu di depan pintu
ku sambut dengan hati luruh
menangis aku melihat hatimu
sekalipun aku pernah kau ludah
aku akan sentiasa berdiri
menanti mu wahai teman..
bila kau terjaga dari lena mu
aku masih di sini
Aku tetap di sini.

Sunday, September 20, 2009

Kami Setia Bersama Mu Malaysia

Wawasan 2020 hampir menjelma
Suara kemeriahan kedengaran kini
bukan sandiwara bukan fantasi
tetapi realiti kebenaran.

Kini,
Ku buka mataku seluasnya
pembangunan pesat menakluk kota
perasaan bangga melanda diri
kerana Malaysia masyur didunia.

Taburlah benih semangat perpaduan
sebagai kunci ke arah wawasan
pasanglah iman pembenteng diri
menanti wawasan dipintu realiti.

Sebening cinta, seutas taat
akan kulabuhkan dipelabuhan sanubari
akan kuarahkan ke medan perjuangan
dengan jiwa kepahlawanan yang terus membara.

Celikkan matamu wahai si anak watan
tingkatkan paradigma dengan keilmuan
marilah saudara, marilah saudari
setia kita bersama Malaysia.

-1999, PujanggaDejavu

UntukMu Guru

Kau lah guru kami
Yang memberi kami Ilmu
Kau lah pendidik Bangsa
Yang Mencurahkan Bakti Mu

Saat kami jatuh
Kau mendorong kami
Saat kami gagal
Ingin putus asa
Kau berikan
Kami sejuta harapan

Tiada yang dapat kami lafazkan
Kepada Mu Guru
Tanda ucapan Syukur kami
Buat selamanya
Tiada yang dapat kami balaskan
Atas pengorbanan mu
Janji kami usaha diberikan...


-PujanggaDejavu