Sunday, September 20, 2009

Kami Setia Bersama Mu Malaysia

Wawasan 2020 hampir menjelma
Suara kemeriahan kedengaran kini
bukan sandiwara bukan fantasi
tetapi realiti kebenaran.

Kini,
Ku buka mataku seluasnya
pembangunan pesat menakluk kota
perasaan bangga melanda diri
kerana Malaysia masyur didunia.

Taburlah benih semangat perpaduan
sebagai kunci ke arah wawasan
pasanglah iman pembenteng diri
menanti wawasan dipintu realiti.

Sebening cinta, seutas taat
akan kulabuhkan dipelabuhan sanubari
akan kuarahkan ke medan perjuangan
dengan jiwa kepahlawanan yang terus membara.

Celikkan matamu wahai si anak watan
tingkatkan paradigma dengan keilmuan
marilah saudara, marilah saudari
setia kita bersama Malaysia.

-1999, PujanggaDejavu

1 comment: